Kuliah Dek Rizky Psikologi

Ilmu pengetahuan tentang psikologi

Apa itu gempa bumi?

Posted by Dek Rizky On July - 20 - 2010

Apa itu gempa bumi?

merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi “punca” di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai ‘epicenter’.

Punca-punca gempa bumi

  • Proses alam semula jadi mengejut seperti letupan dan hentaman meteor.
  • Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar.
  • Kerak bumi membengkok dan berlipat.
  • Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah.
  • Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai “faulting”.
  • “Faulting” boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. “Faulting” pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
  • Lantunan “Iisostatic” merujuk Kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih.
  • Pergerakan lantunan “Iisostatic” akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
  • Pembinaan empangan.

Bagaimana gempa bumi diukur

  • Seismograf
  • gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.
  • Skala Richter merupakan ukuran logarithmik.
  • Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.
  • Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli
  • Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
  • Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang

Kawasan yang selalu mengalami gempa bumi

  • Cincin Api Pasifik. “Pacific Ring of Fire”.
  • Lingkaran Cincin Api Pasifik dan negara yang selalu mengalami gempa bumi
    • Indonesia
    • India
    • Taiwan
    • Jepun
    • Afghanistan

Add A Comment